-->

Jangan Salah Beri Nama Anak! Ini Nama-Nama Yang Dilarang Menurut Islam

Wali Islam - Nama-Nama Yang Dilarang Islam. Nama adalah doa kepada seseorang, maka ibu bapa menjadi pemegang amanah yang besar untuk menamakan cahaya mata mereka. Nama hendaknya memiliki makna yang bagus. Janganlah memberikan nama hanya mengikut perasaan, asalkan indah dan sedap didengar tanpa mengetahui makna yang tersirat atau maksud sebenarnya.

Jika nama tersebut buruk dan memalukan, maka ibubapa boleh dikira berlaku zalim dan derhaka pada si anak.


Jangan Salah Beri Nama Anak! Ini Nama-Nama Yang Dilarang Menurut Islam

A. Nama-Nama Larangan

1. Pengabdian / Penghambaan

Syarak menegah menamakan seseorang atau anak dengan nama yang dilarang seperti yang khusus bagi Allah atau sembahan-sembahan lain. Jauhilah dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul- Uzza (Hamba Tuhan, Uzza) dan sebagainya.

2. Malikul-Amlak

Diharamkan memberi nama dengan nama Malikul-Amlak yang bermaksud; Raja bagi segala raja. Sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak.(Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda;
Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

3. Nama Malaikat

Menurut mazhab Syafi'ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama memakruhkannya.
Berkata Qadhi Iyadh;
Telah memakruhkan sebahagian ulama memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin.

4. Tengok Nasib Dan Penafian

Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW;
Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)? Lalu ia menjawab; Tidak ada. (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda::
Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah kuntungan ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab Keuntungan tidak ada. (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi r.a. dan Abu Daud r.a.)


Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) adalah kerana buruk dan rosaknya jawapan yang bakal diterima, juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian golongan ke dalam suatu bentuk perbuatan menenung untung/nasib. (Contohnya; apabila ditanya; Adakah di sana ada Rabah (untung)?, lalu dijawab; Ada. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).

Menurut Syeikh Abdullah Nasih Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama. (Tarbiyatul-Aulad)


5. Kekufuran Dan Kejahatan

Nama-nama yang memberikan maksud yang tidak baik dan melambangkan kekufuran dan yang terkenal dengan kejahatan, seperti Wisky, Ifrit, Firaun dan Syaitan adalah dilarang.

6. Tidak Melambangkan Islam

Hendaklah dijauhi juga dari memberi nama dengan nama-nama yang tidak beridentitikan Islam dan menggambarkan hilangnya jati-diri sebagai seorang muslim, seperti meniru-niru nama orang bukan Islam seperti Natasya, Susan, Suzuki, Mazda dan Ninja. Juga nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama Huyam (gila berahi), dan sebagainya.


7. Memuji Diri Sendiri

Banyak nama yang menunjukkan memuji diri sendiri dalam masyarakat Melayu kini. Tidak kiralah namanya dengan nama Khairun Nisa (sebaik-baik wanita), nama mujahid pejuang, syahid, nama salafus soleh dan sebagainya. Setiap ibubapa hendaklah berhati-hati menamakan bayi mereka kerana ini dilarang dan termasuk dalam memuji diri anak itu sendiri.

Rasulullah SAW melarang menggunakan nama yang memuji diri sendiri. Pernah terjadi pada suatu ketika, apabila Nabi SAW bertemu seorang wanita bernama Barrah (wanita yang sangat baik); Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah kamu memuji diri kamu sendiri. Allah SWT lebih mengetahui siapakah yang lebih baik dikalangan kamu. Mereka bertanya: Apa yang kami hendak namakannya.
Baginda menjawab: Zainab. (Hadis sahih riwayat Muslim r.a.)
Daripada Umar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda;
Aku menegah daripada menamakan dengan nama Rafi (ketinggian), Barakah (keberkatan) dan Yassar (senang). (Hadis riwayat Tirmizi r.a.).

Imam Nawawi berkata: Ulama syafie berkata: Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini. Larangan ini adalah hanya makruh tidak haram.

8. Gabungan Nama

Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama zana, bunyinya sedap sekali tapi maknanya berzina atau pun nama wati yang bererti bersetubuh. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

9. Nama Buruk

Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, �Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.Sabda Rasulullah SAW;
Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)

B. Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam

Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda:


A

Abiqah Hamba yang lari dari tuannya

Abkam Tidak celik, buta

Afinah Yang bodoh

Amah Hamba suruhan perempuan

Asiah Wanita yang derhaka

Asyar Paling jahat

Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat

Aznie Aku berzina

B

Baghiah Yang zalim, jahat

Bahimah Binatang

Bakiah Yang menangis, merengek

Balidah Yang bodoh, bebal

Baqarah Lembu Betina

Batilah Yang batil, tidak benar

D

Dabbah Binatang

Dahisyah Goncang, stress

Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya

Damiah Yang mengalir air matanya

Daniyah Yang lemah dan hina

Darakah Kedudukan yang rendah

F

Fajiah Kecelakaan

Fajirah Yang jahat, yang berdosa

Fasidah Yang rosak, yang binasa

Fasiqah Yang jahat, si fasik

Fasyilah Gagal, kalah

G

Ghafilah Yang lalai, yang leka

Ghaibah Hilang

Ghailah Kecelakaan, bencana

Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat

Ghasibah Perampas, perompak

Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu

H

Haqidah Yang dengki

Hasidah Yang hasad

Hazinah Yang sedih

Huzn Kesedihan

J

Jafiah Yang tidak suka berkawan

Jariah Hamba suruhan perempuan

K

Kafirah Yang kafir, yang ingkar

Kaibah Yang sedih

Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka

Kazibah Pendusta, pembohong

Khabithah Yang jahat, yang keji

Khaliah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu

Khamrah Arak

Khasirah Yang rugi

Khatiah Yang bersalah, yang berdosa

L

Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah

Lahab Bara api

Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi

Laimah Yang tercela

Lainah Yang terkutuk

M

Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu

Majusiah Agama menyembah api atau matahari

Maridah Yang menderhaka

Munafikah Yang munafik

Musibah Celaka, bencana, kemalangan

N

Najisah Yang najis dan kotor

Nariah Api

Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami

Q

Qabihah Yang buruk, hodoh

Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran

Qatilah Pembunuh

Qazurah Kejahatan, perzinaan

R

Rajimah Yang direjam, yang dilaknat

Razani Kepala zakar lelaki

Raziah Kecelakaan, musibah

Razilah Yang keji dan hina

S

Safih Insan Manusia bodoh

Safilah Yang rendah dan hina

Sahiah Yang pelupa

Sharrul / Sharru Jahat

Sakirah Pemabuk

Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat

Syafihah Yang bodoh

Syaniah Yang buruk

Syaqiyah Yang menderita

Syaridah Yang diusir

Syariqah Pencuri

Syarisah Yang buruk akhlak

Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia

Syatimah Maki hamun

T

Tafihah Karut

Talifah Yang rosak, yang binasa

Talihah Yang tidak baik

Tarbiyah Yang papa kedana

Tarikah Anak dara tua

W

Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk

Wahimah Yang lemah

Wahinah Penakut

Wailah Bencana, keburukan

Wajilah Penakut

Waqiah Pertempuran dalam peperangan, umpatan

Waqihah Yang kurang sopan dan malu

Wasikhah Yang kotor

Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang

Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna

Wathy / Wathi Bersetubuh

Y

Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya

Yaisah Yang berputus asa

Z

Zalijah Kebinasaan

Zalilah Yang hina

Zalimah Yang zalim

Zaniyah Penzina, pelacur

Zufafah Racun pembunuh



Sekiranya sesiapa yang telah terlanjur menamakan anak dengan nama yang buruk, tidak elok atau kurang manis, tidak perlulah mengubah nama tersebut di pejabat pendaftaran, cukuplah hanya menukar nama panggilan kepada nama pangkat dalam keluarga seperti along, angah atau nama keduanya. Jika nama anak itu Siti Balqis, panggillah Siti saja
Wallahu Alam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

loading...

Iklan Bawah Artikel

loading...